Hari ini saya akan kongsikan sedikit ilmu mengenai cara mengira kitaran haid. Setiap wanita sepatutnya tahu cara mengira kitaran haid masing-masing kerana ia penting untuk menentukan waktu subur seseorang wanita.
Kitaran haid bermula pada hari pertama wanita didatangi haid dan berakhir pada hari terakhir sebelum haid datang semula.
Contoh mudah cara mengira kitaran haid adalah seperti berikut. Bulan Januari, haid datang pada 3 hb dan pada bulan Februari, haid datang pada 2 hb. Kitaran haid dikira dari 3 hb Januari sehingga 1 hb Februari. Dalam kes ini, kitaran haid adalah sebanyak 30 hari.
Setiap wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza. Kitaran haid yang normal adalah di antara 26 hingga 32 hari, namun ada juga wanita yang mempunyai kitaran haid sehingga 42 hari.
Selagi mana kitaran haid tetap pada setiap bulan, tiada apa yang perlu dirisaukan. Tetapi sekiranya kitaran haid anda berubah-rubah dan tidak menentu pada setiap bulan, anda seharusnya berjumpa pakar untuk pemeriksaan lanjut.
TIPS : Saya syorkan setiap wamita untuk menanda hari pertama haid anda setiap bulan untuk memudahkan anda memantau dan mengira kitaran haid anda.

Semoga perkongsian serba sedikit ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca.
Saya doakan kita kita semua diberi kesihatan yang baik dan memanfaatkan nikmat sihat itu dengan sebaiknya.
Sekian.

Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com
No comments:
Post a Comment