Monday, 30 June 2014

Tanda-tanda Waktu Subur Seorang Wanita

Assalamualaikum para pembaca blog usaha untuk hamil. Semoga semua berada di bawah rahmat dan kasih sayang Allah.

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai tanda-tanda mengetahui waktu subur seorang wanita. Selain mengira waktu subur, seseorang wanita dapat menganggar waktu subur mereka dengan melihat kepada beberapa tanda pada diri mereka seperti berikut:

Suhu tubuh meningkat

Kebiasaannya, sewaktu proses ovulasi berlaku iaitu waktu wanita menjadi subur, suhu badan seseorang wanita akan meningkat 1-2 darjah celcius daripada kebiasaanya. Untuk menentukan peningkatan suhu ini, wanita harus mencatatkan bacaan suhu badan mereka setiap pagi selepas bangun dari tidur dengan meletakkan termometer di bawah ketiak.

Rembesan cairan daripada serviks
Ini adalah cara termudah untuk wanita mengatahui waktu sebur mereka. Rembesan cecair atau mukus yang keluar daripada serviks ketika waktu subur adalah sedikit pejal dan likat dan bewarna jernih seperni putih te;ur. Cairan ini biasanya keluar dalam kuantiti yang lebih banyak daripada biasa ketika waktu subur. Ini merupakan salah satu tanda waktu subur seorang wanita.


Kedudukan pangkal rahim

Kedudukan pangkal rahim dapat ditentukan dengan melalkukan pemeriksaan setiap hari pada waktu yang sama dengan cara memasukkan jari yang bersih ke dalam vagina dalam keadaan mencangkung. Pada waktu biasa, kedudukan pangkal rahim lebih hampir ke bawah (mudah disentuh), terasa kering dan padat (seperti menyentuh hidung) dan laluannya agak tertutup. Sebaliknya ketika waktu subur, pangkal rahim agak tinggi (sukar disentuh), agak lembut dan lembap (seperti menyentuh bibir) dan laluannya agak terbuka.

Pemeriksaan urin dan darah

Ini adalah cara termudah (tapi tidak murah) untuk mengenalpasti waktu subur seorang wanita. Pemeriksaan urin boleh dilakukan sendiri di rumah dengan mendapatkan alat ujian kesuburan daripada farmasi. Namun ujian darah hanya boleh dilakukan di makmal-makmal patologi yang menyediakan perkhidmatan ini.


Berasa lebih ghairah

Ketika waktu subur, wanita lebih ghairah dalam melakukan hubungan kelamin bersama pasangannya. Ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon lutein di dalam badan seseorang wanita ketika subur.

Perubahan fizikal


Antara tanda-tanda lain seseorang wanita sedang berada di dalam waktu suburnya adalah perubahan fizikal pada perut dan payudaranya. Payudara akan lebih lembut dan bahagian bawah perut wanita akan sedikit kembung daripada biasa.


-----------------------------------------------------------------------

Mengenalpasti waktu subur dengan melihat kepada tanda-tanda waktu subur seseorang wanita penting bagi pasangan merancang waktu merak untuk bersama.

Bagi pasangan yang dalam usaha untuk hamil, adalah digalakkan mereka bersama sepanjang waktu subur wanita. Manakala bagi mereka yang tidak menginginkan kehamilan, mereka boleh mengelak daripada bersama sepanjang tempoh kesuburan seseorang wanita.

Semoga perkongsian kali ini memberi sedikit manfaat kepada semua.

Sekian.






Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com

No comments:

Post a Comment