Sunday, 29 June 2014

Usaha Untuk Mudah Hamil

Assalamualaikum pembaca.

Hari ini saya akan kongsikan beberapa panduan dan usaha untuk mudah hamil untuk rujukan rakan-rakan pembaca. Semua panduan ini dirujuk daripada blog pakar kesihatan kesuburan terkenal Dr. Hamid Arshat di blog beliau.

BEBERAPA PANDUAN UNTUK MUDAH HAMIL


1. Untuk wanita kahwin cepat bila ada peluang. Terbukti wanita paling subur sebelum umur 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain-lain penyakit peranakkan.

2. Lebih 80% akan hamil satu tahun selepas kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid jumpa doktor secepat mungkin untuk dapatkan pemeriksaan peranakkan dan ujian kesuburan.

3. Tentukan status kesihatan suami isteri dalam keadaan terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.



4. Mampu buat hubungan seksual yang  sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan selepas kahwin.

5. Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isteri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation adalah pada hari ke-14 jika kitaran haid 28 hari dan subur hari ke-16 jika pusingan 30 hari. Waktu subur boleh dikesan dengan melakukan catatan suhu harian dan menggunakan ovulation test kit.



6. Lakukan hubungan seksual selang malam mulai hari ke-12 hingga hari ke-20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.

Baca surah al-fatihah, ayat qursi dan tiga qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum bersetubuh agar dilindungi daripada gangguan syaitan.
Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj setelah bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah punggung selama 2-4 jam atau terus tidur. Jika ada peluang pergi bercuti di tempat peranginan ketika isteri sedang subur.



7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada pasangan suami dan isteri adalah sangat penting untuk menjayakan kehamilan.
Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.
Buat senaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.
Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT.
Baca al-quran 2 hingga 3 muka setiap hari.
Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.

8. Kawal berat badan. Kegemukkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar kematangan telur/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.

9. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaikknya 70% makanan dari bahan-bahan segar dan mentah iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Minum jus segar dari buah-buahan dan sayur-sayuran Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan pemakanan.

10. Makan supplement multivitamis, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.





Semoga sedikit perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada semua insyaAllah. Saya doakan kita semua dikurniakan zuriat yang soleh yang akan berbakti kepada orang tuanya kelak. Amin.

Sekian.




Musalmah Nasardin
SID 1105503
013-3444633 / 013-6554633
musalmahn@gmail.com


No comments:

Post a Comment