Monday, 22 September 2014

SET KESIHATAN OPTIMUM SHAKLEE - Supplement Untuk Kesihatan Menyeluruh Seisi Keluarga

Biasa saya terima pertanyaan daripada kawan-kawan, 'Kalau tiada sakit apa-apa, nak ambil supplement apa?'. Jawapannya sudah tentulah SET KESIHATAN OPTIMUM SHAKLEE, untuk kesihatan menyeluruh anda seisi keluarga.



'Kalau tak sakit apa-apa, perlu ke ambil supplement?'

Jom sama-sama kita tanya pada diri kita, adakah kita telah membekalkan badan kita dengan zat nutrien yang mencukupi? Cukupkah nutrien daripada makanan yang kita ambil sehari-hari?

Dengan gaya hidup yang serba sibuk sekarang, saya yakin ramai di antara kita yang tidak begitu mengambil berat tentang pemakanan. Asalkan makan sudah. Saya pon begitu. Dahulu. 


Itu belum ambil kira lagi tentang perasa dan pewarna dalam makanan kita. MSG. Fast food. Persekitaran yang tidak sihat. Asap rokok. Pencemaran. Radikal bebas. Tekanan. Semua ini boleh menyumbang kepada masalah kesihatan.

Bagaiman Set Kesihatan Optimum Shaklee boleh membantu?

Saya dahulu pun kurang sedar mengenai kepentingan pengambilan supplement. Asalkan sihat, tak sakit, itu sudah cukup. Tetapi sejak hamil, baru kesihatan dititik beratkan dan saya mengambil SET KEHAMILAN SHAKLEE yang juga mengandungi Set Kesihatan Optimum Shaklee ini.

Dengan cara pengambilan yang betul, alhamdulillah memang nampak perbezaannya. Oleh itu, lepas habis pantang pon, saya masih teruskan pengambilan SET KESIHATAN OPTIMUM SHAKLEE ini. Memang best. Badan terasa ringan, jarang dah malas-malas dan sakit pon segan-silu je nak datang dekat.



Apa yang ada dalam Set Kesihatan Optimum Shaklee?

Set Kesihatan Optimum Shaklee mengandungi vitamin-vitamin penting yang diperlukan oleh badan kita untuk kesihatan menyeluruh kawan-kawan seisi keluarga.



InsyaAllah, dengan pengambilan yang betul dan konsisten, Set Kesihatan Optimum Shaklee dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan anda seisi keluarga.

Antara kebaikan set ini adalah:
- membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
- membantu anda berasa lebih bertenaga
- menguatkan sistem imun
- membekalkan khasiat untuk kulit, kuku, tulang, rambut dan otot yang sihat


Dengan pengambilan Set Kesihatan Optimum Shaklee ini beserta dengan amalan gaya hidup yang sihat, insyaAllah, saya doakan kawan-kawan semua diberikan kesihatan yang baik dan dilindungi daripada sebrang penyakit, zahiriah mahupun batiniah.

Sesungguhnya, tiada yang lebih berharga daripada kesihatan yang baik. :)





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi mengenai supplement yang bersesuaian dengan anda seisi keluarga, jangan segan silu untuk hubungi saya:
email: musalmahn@gmail.com
sms/whatsapp: 013 3444633













Saturday, 13 September 2014

6 Tips Tingkatkan Kesuburan Pasangan Suami Isteri Dalam Usaha Untuk Hamil

Assalamualaikum pembaca blog usaha untuk hamil. Saya doakan kita semua diberikan kesihatan yang baik. 

Hari ini saya ingin kongsikan 6 tips untuk meningkatkan kesuburan suami isteri dalam usaha untuk hamil.

1. Panjatkan doa kepada Allah S.W.T

Allah sahaja yang maha berkuasa membenihkan zuriat di dalam rahim seorang wanita. Jadi hanya kepadaNya sahajalah tempat kita meminta.

Doa secara spesifik supaya diberikan kesihatan dan kesuburan yang baik untuk mudah hamil.

Bangunlah di tengah malam untuk bertahajjud dan meminta kepadaNya dan amalkan doa Nabi Zakaria.


2. Lakukan pemeriksaan kesihatan

Salah satu faktor kesukaran untuk hamil adalah keadaan kesihatan yang kurang memuaskan pada isteri atau suami atau kedua-duanya. Jadi, pemeriksaan kesihatan haruslah dilakukan oleh suami dan isteri. Lakukan pemeriksaan kesuburan di klinik atau hospital. Jangan malu. Bukan semua kes pasangan tidak dikurniakan zuriat disebabkan masalah ketidaksuburan.

Jika pemeriksaan mendapati kesihatan dan kesuburan pasangan suami dan isteri tidak mempunyai masalah, anda boleh berusaha untuk meningkatkan kesuburan dalam usaha untuk mendapatkan zuriat dengan mengambil SET KESUBURAN SHAKLEE.

3. Amalkan gaya hidup sihat



Makan makanan yang seimbang dan bersenam adalah penting dalam memastikan kesihatan seseorang. Makan berpandu kepada piramid makanan dan elakkan makan makanan segera.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kegemukkan, berusahalah untuk menurunkan berat badan. Turunkan berat badan dengan cara yang betul dan sihat. Jangan ambil jalan mudah dengan mengambil produk-produk yang menjanjikan penurunan berat badan dalam masa yang singkat tanpa senaman dan diet.




Ingat, produk yang boleh menurunkan berat badan secara mendadak tanpa perlu berdiet dan bersenam kebiasaannya akan menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang. Dan ingat, berat badan hanya boleh diturunkan dengan diet yang betul dan senaman. Pengambilan supplement juga sangat membantu menurunkan berat badan. Saya cadangkan SET SLIMMING SHAKLEE yang terbukti berkesan membantu dalam usaha untuk menurunkan berat badan.

Bagi yang kekurangan berat badan, anda boleh mencuba SET WEIGHT GAIN SHAKLEE.

Hindarkan tabiat yang boleh menjejaskan kesihatan seperti merokok dan mengambil alkohol.


4. Kenali waktu subur anda

Bagi isteri, anda seharusnya tahu cara mengira kitaran haid anda dan bilakah waktu anda subur. Sekiranya anda masih belum tahu cara mengira kitaran haid, anda boleh baca DI SINI. Selain melalui pengiraan, anda juga boleh mengjangka waktu subur anda dengan melihat kepada TANDA-TANDA SEORANG WANITA SEDANG BERADA PADA WAKTU SUBUR.


Sperma biasanya boleh hidup di dalam rahim selama 5 hingga 7 hari. Jadi, pilih masa yang paling sesuai untuk bersama dengan pasangan anda.

5. Elak perkara yang boleh mengurangkan kesuburan

Tabiat seperti merokok dan mengambil alkohol adalah amat tidak bagus untuk kesihatan dan boleh mengganggu kesuburan anda. Jadi, buang tabiat buruk ini dan gantikan dengan tabiat yang lebih sihat yang boleh membantu meningkatkan kesuburan pasangan suami isteri.




Stress juga boleh mengganggu kesuburan pasangan suami isteri. Jadi belajar menangani stress dengan baik dan wujudkan suasana yang harmoni di dalam rumahtangga.

6. Pengambilan supplement

Setiap sel dan organ di dalam badan kita akan berfungsi dengan baik sekiranya zat yang diperlukan mencukupi. Dengan gaya hidup yang serba sibuk serta amalan pemakanan yang kurang seimbang, badan kita tidak memperoleh zat yang mencukupi.

Di sinilah pentingnya pengambilan supplement atau makanan tambahan kerana ia dapat membekalkan segala nutrien yang diperlukan oleh badan kita yang tidak diperoleh daripada makanan seharian.

Bila badan sudah mempunyai nutrien dan zat yang mencukupi, barulah setiap sel dan organ dapat berfungsi dengan baik dan sepenuhnya seterusnya meningkatkan tahap kesuburan pasangan suami isteri. 

Supplement yang sangat saya cadangkan kepada semua adalah SET KESIHATAN OPTIMUM SHAKLEE. Dan bagi pasangan yang sedang dalam usaha untuk hamil, bolehlah mengambil SET KESUBURAN SHAKLEE sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan kesuburan pasangan suami isteri.




InsyaAllah, dengan doa serta usaha yang berterusan, saya doakan kita semua dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi mengenai supplement yang bersesuaian dengan anda seisi keluarga, hubungi saya melalui:
email: musalmahn@gmail.com
sms/whatsapp: 013 3444633



Wednesday, 10 September 2014

Set Kesuburan Shaklee

Assalamualaikum kawan-kawan yang sedang berusaha untuk hamil. Saya doakan kita semua berada di bawah rahmat dan perlindungan Allah S.W.T.

Salah satu faktor yang menyebabkan pasangan sukar untuk mendapatkan cahaya mata adalah kerana 'kurang subur'. Hari ini saya kongsikan Set Kesuburan Shaklee yang telah terbukti membantu ramai pasangan di luar sana dalam usaha untuk hamil.






Alhamdulillah, seperti testimoni-testimoni di atas dan ramai lagi pasangan di luar sana yang telah berjaya hamil dengan bantuan Set Kesuburan Shaklee. 

Sekarang jom kita tengok apa yang terkandung dalam Set Kesuburan Shaklee.



Set Kesuburan Shaklee terdiri daripada set untuk suami dan set untuk isteri. Iyalah, untuk mengandung perlukan komitmen daripada kedua-dua belah pihak. Jadi suami dan isteri perlu sama-sama mempertingkatkan taraf kesihatan yang lebih baik.

Sekarang mari kita lihat secara ringkasnya fungsi setiap supplement tersebut dalam membantu mempertingkatkan kesuburan suami dan isteri.

Vita-E Complex
Vita-E Complex penting dalam membantu mempertingkatkan kualiti sperma. Ia juga membantu dari segi reproduktif suami di samping membangkitkan 'rasa' dan 'mood' untuk bersama pasangan.

Zinc Complex
Membantu menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Ia juga membantu merangsang pertambahan hormon testosterone suami.

GLA Complex
GLA Complex berfungsi membantu menstabilkan pengeluaran hormon wanita. Ia juga sangat berkesan dalam membantu mengatur kitaran haid serta mengurangkan kesakitan senggugut. Selain itu Gla Complex juga penting dalam penghasilan 'cecair kesuburan' si isteri.

Alfalfa
Ini merupakan supplement paling penting untuk wanita. Ia bertindak seperti kacip fatimah dan membantu mengatasi masalah-masalah pada 'miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya. 

Kombinasi supplement-supplement di dalam Set Kesuburan Shaklee ni insyaAllah dapat membantu pasangan di luar sana yang sedang berusaha untuk hamil.

Dengan amalan gaya hidup yang sihat serta usaha yang berterusan, insyaAllah, saya doakan semuanya dipermudahkan untuk kita semua.

Apa yang paling penting, jangan pernah berputus asa untuk terus berusaha dan berdoa kepada Allah S.W.T supaya dikurnikan rezeki anak-anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah.

--------------------------------------------------------------------------------

Untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi mengenai supplement yang bersesuaian dengan anda seisi keluarga, hubungi saya melalui:
email: musalmahn@gmail.com
sms/whatsapp: 013 3444633