Wednesday, 9 July 2014

7 Penyebab Kemandulan Pada Wanita Dari Sudut Perubatan

Assalam para pembaca blog usaha untuk hamil.

Hari ini saya ingin kongsikan 7 penyebab kemandulan pada wanita dari sudut perubatan.

1. Tiub Fallopio Tersumbat

Tiub fallopio merupakan saluran yang menyambungkan rahim dan ovari. Telur yang dihasilkan oleh ovari akan bergerak ke rahim melalui tiub fallopio untuk disenyawakan dan kebanyakkan persenyawaan berlaku di tiub faloopio itu sendiri dan embrio yang terhasil akan bergerak ke rahim. Sekiranya tiub fallopio tersumbat, ini akan menghalang samada sperma untuk sampai kepada telur (ovum) atau menghalang embrio yang terbentuk untuk bergerak ke rahim untuk proses penempelan di dinding rahim. Penyumbatan tiub fallopio boleh terjadi disebabkan beberapa faktor seperti infeksi pada rahim dan kawasan tiub faloopian dan endometriosis.


2. Endometriosis

Endometriosis datang dari perkataan endometrium iaitu jaringan yang melapisi dinding rahim. Endometriosis berlaku apabila jariangan ini tumbuh di kawasan selain daripada rahim seperti di tiub fallopio, di kawasan ovari atau di kawasan antara vagina dan rectum. Faktor terjadinya endometriosis masih lagi belum dikenalpasti tetapi ramai pakat perubatan berpendapat endometriosis terjadi akibat limpahan darah kotor di kawasan lain disebabkan oleh stress.

3. Kelainan Uterus

Walaupun kes ini jarang terajdi, tetapi kelainan pada sruktur uterus seseorang wanita juga mengakibatkan kesukaran bagi wanita tersebut untuk hamil. Kelainan pada uterus boleh terjadi sejak lahir ataupun terjadi ketika seseorang wanita sudah didatangi haid. Kebiasaanya, perubahan yang terjadi pada uterus setelah wanita didatangi haid adalah disebabkan tumor atau mioma. Terdapat beberapa bentuk kelainan yang boleh terjadi kepada uterus seseorang wanita sejak dilahirkan iaitu uterus bikornis dan uterus didelphis. Uterus bikornis berbentuk seperti hati, terdapat sekatan yang terbina di bahagian dalam uetrus menyebabkan uterus terbahagi kepada dua. Uterus didelphis atau dikenali sebagai uterus berganda di mana terdapat didnding yang membahagikan uterus kepada 2 bahagian.

  

4. Mioma
Mioma merupakan tumor yang tidak merbahaya yang tumbuh pada kawasan otot rahim atau pada dinding rahim. Mioma jarang berlaku pada wanita yang belum didatangi haid, namun boleh tumbuh pada wanita di dalam fasa umur produktif kerana ia dipengaruhi oleh rangsangan hormon estrogen. Bagi wanita yang fasa produktif sudah berakhir, mioma akan mengalami pengecutan kerana paras hormon estrogen yang semakin berkurang.


5. Gangguan Serviks

Wanita yang sering mengalami keguguran kemungkinan besar disebabkan oleh gangguan pada serviks. Gangguan serviks disebabkan terdapat ketidaknormalan atau kelemahan pada serviks. Disebabkan ketidaknormalan tersebut, serviks akan terbuka sewaktu kandungan berusia seawal 4 bulan dan menyebabkan janin keluar daripada rahim dan mengalami keguguran.

6. Antibodi Terhadap Sperma

Jika di dalam tubuh seseorang wanita terdapat antibodi terhadap sperma, maka tubuh wanita tersebut akan 'menolak' kehadiran sperma di dalm rahimnya. Sperma dianggap seperti benda asing yang perlu dilumpuhkan dan dikeluarkan dari tubuh wanita tersebut. Jadi selama mana seseorang wanita itu mempunyai paras antibodi terhadap sperma yang tinggi di dalam badannya, selagi itulah proses persenyawaan sperma dan ovum tidak akan berlaku.

7. Gangguan Ovulasi

Ini adalah faktor utama yang menyubang kepada kesukarang seseorang wanita untuk hamil. Gangguan ovulasi adalah gangguan pada proses perlepasan ovum (telur) daripada ovari (kilang telur). Gangguan ovulasi boleh terjadi diakibatkan gangguan pada hormon, kerosakan pada ovari dan ketidakupayaan ovari menghasilkan ovum atau monopos.



Semoga kita semua dihindarkan daripada ketujuh-tujuh penyebab kemandulan pada wanita ini. Suka saya ingatkan bahawa anak itu rezeki daripada Allah. Berusaha itu penting tetapi jangan lupa untuk berdoa kepadaNya. Yakin bahawa hanya Dia yang mampu mengurniakan kita anugerah ini. Walau apapun masalah yang menghalang kita daripada hamil, jika kita terus berusaha dan berdoa, maka segalanya boleh terjadi dengan kehendakNya. InsyaAllah.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua.

Sekian.

No comments:

Post a Comment