Saturday, 13 September 2014

6 Tips Tingkatkan Kesuburan Pasangan Suami Isteri Dalam Usaha Untuk Hamil

Assalamualaikum pembaca blog usaha untuk hamil. Saya doakan kita semua diberikan kesihatan yang baik. 

Hari ini saya ingin kongsikan 6 tips untuk meningkatkan kesuburan suami isteri dalam usaha untuk hamil.

1. Panjatkan doa kepada Allah S.W.T

Allah sahaja yang maha berkuasa membenihkan zuriat di dalam rahim seorang wanita. Jadi hanya kepadaNya sahajalah tempat kita meminta.

Doa secara spesifik supaya diberikan kesihatan dan kesuburan yang baik untuk mudah hamil.

Bangunlah di tengah malam untuk bertahajjud dan meminta kepadaNya dan amalkan doa Nabi Zakaria.


2. Lakukan pemeriksaan kesihatan

Salah satu faktor kesukaran untuk hamil adalah keadaan kesihatan yang kurang memuaskan pada isteri atau suami atau kedua-duanya. Jadi, pemeriksaan kesihatan haruslah dilakukan oleh suami dan isteri. Lakukan pemeriksaan kesuburan di klinik atau hospital. Jangan malu. Bukan semua kes pasangan tidak dikurniakan zuriat disebabkan masalah ketidaksuburan.

Jika pemeriksaan mendapati kesihatan dan kesuburan pasangan suami dan isteri tidak mempunyai masalah, anda boleh berusaha untuk meningkatkan kesuburan dalam usaha untuk mendapatkan zuriat dengan mengambil SET KESUBURAN SHAKLEE.

3. Amalkan gaya hidup sihat



Makan makanan yang seimbang dan bersenam adalah penting dalam memastikan kesihatan seseorang. Makan berpandu kepada piramid makanan dan elakkan makan makanan segera.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kegemukkan, berusahalah untuk menurunkan berat badan. Turunkan berat badan dengan cara yang betul dan sihat. Jangan ambil jalan mudah dengan mengambil produk-produk yang menjanjikan penurunan berat badan dalam masa yang singkat tanpa senaman dan diet.




Ingat, produk yang boleh menurunkan berat badan secara mendadak tanpa perlu berdiet dan bersenam kebiasaannya akan menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang. Dan ingat, berat badan hanya boleh diturunkan dengan diet yang betul dan senaman. Pengambilan supplement juga sangat membantu menurunkan berat badan. Saya cadangkan SET SLIMMING SHAKLEE yang terbukti berkesan membantu dalam usaha untuk menurunkan berat badan.

Bagi yang kekurangan berat badan, anda boleh mencuba SET WEIGHT GAIN SHAKLEE.

Hindarkan tabiat yang boleh menjejaskan kesihatan seperti merokok dan mengambil alkohol.


4. Kenali waktu subur anda

Bagi isteri, anda seharusnya tahu cara mengira kitaran haid anda dan bilakah waktu anda subur. Sekiranya anda masih belum tahu cara mengira kitaran haid, anda boleh baca DI SINI. Selain melalui pengiraan, anda juga boleh mengjangka waktu subur anda dengan melihat kepada TANDA-TANDA SEORANG WANITA SEDANG BERADA PADA WAKTU SUBUR.


Sperma biasanya boleh hidup di dalam rahim selama 5 hingga 7 hari. Jadi, pilih masa yang paling sesuai untuk bersama dengan pasangan anda.

5. Elak perkara yang boleh mengurangkan kesuburan

Tabiat seperti merokok dan mengambil alkohol adalah amat tidak bagus untuk kesihatan dan boleh mengganggu kesuburan anda. Jadi, buang tabiat buruk ini dan gantikan dengan tabiat yang lebih sihat yang boleh membantu meningkatkan kesuburan pasangan suami isteri.




Stress juga boleh mengganggu kesuburan pasangan suami isteri. Jadi belajar menangani stress dengan baik dan wujudkan suasana yang harmoni di dalam rumahtangga.

6. Pengambilan supplement

Setiap sel dan organ di dalam badan kita akan berfungsi dengan baik sekiranya zat yang diperlukan mencukupi. Dengan gaya hidup yang serba sibuk serta amalan pemakanan yang kurang seimbang, badan kita tidak memperoleh zat yang mencukupi.

Di sinilah pentingnya pengambilan supplement atau makanan tambahan kerana ia dapat membekalkan segala nutrien yang diperlukan oleh badan kita yang tidak diperoleh daripada makanan seharian.

Bila badan sudah mempunyai nutrien dan zat yang mencukupi, barulah setiap sel dan organ dapat berfungsi dengan baik dan sepenuhnya seterusnya meningkatkan tahap kesuburan pasangan suami isteri. 

Supplement yang sangat saya cadangkan kepada semua adalah SET KESIHATAN OPTIMUM SHAKLEE. Dan bagi pasangan yang sedang dalam usaha untuk hamil, bolehlah mengambil SET KESUBURAN SHAKLEE sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan kesuburan pasangan suami isteri.




InsyaAllah, dengan doa serta usaha yang berterusan, saya doakan kita semua dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi mengenai supplement yang bersesuaian dengan anda seisi keluarga, hubungi saya melalui:
email: musalmahn@gmail.com
sms/whatsapp: 013 3444633



No comments:

Post a Comment